Assalamualaikum..
Dengan lafaz bismillahirohmanirohim jari ini akan menari untuk mencoretkan kisah2 dan perjalanan hidup seorang hamba Allah yang bernama KAMAZZATUL ARKMAZ BINTI MUHAMAD. Aku adalah anak seorang pesara iaitu Encik Muhamad Bin Muda atau lebih dikenali dengan panggilan Cek Mat. Aku dilahirkan dari rahim seorang wanita yang teramat aku sayangi Puan Maziah Binti Osman atak Cek Yah.
Aku dilahirkan pada 29 March 1981 di Kg. Sepakat, Kuala Rompin di Pahang. Mungkin kini dah ramai mengenali Rompin kerana Udang Galah. Aku adalah anak kedua dari 8 beradik dan anak sulong perempuan tapi kini aku terpaksa menjadi anak sulong selepas perginya Abang yang aku sayangi Allahyarham Kamarrul Arkmaz. Abang telah pergi menemui Maha Pencipta pada tanggal 3hb Julai 2010 kerana Barah Paru-Paru. Inshaallah kisah Allahyarham lebih lanjut akan aku ceritakan akan datang. Aku adalah kakak kepada 3 adik lelaki dan 3 adik perempuan.
Aku adalah balu kepada Allahyarham Mohd Helmy Bin Taib yang disayangi. Kami telah bernikah pada 1hb Jun 2011. Allah hanya pinjamkan Allahyarham sebagai suami ku selama hampir 5 tahun. Kisah perjalanan kasih sayang kami akan diceritakan juga pada entry akan datang. Ada kisah di sebalik perkahwinan kami yang memberi 1001 kenangan manis dan pahit yang kami lalui bersama sepanjang hayat Allahyarham.
Aku juga telah melalui dugaan kesihatan sejak aku sekolah rendah lagi. Allah terlalu sayangkan hamba yang hina ini dengan pelbagai kesakitan sebagai Kifarah dosa. Inshaallah, akak aku kongsikan segala pengalaman pada post2 aku yang seterusnya.
Kenangan Terindah di hari Persandingan bersama Allahyarham Suami Tercinta 4hb Jun 2011
HarimauJerong


No comments:
Post a Comment